Daisypath Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Wedding tickers

Friday, February 19, 2010

masa berlalu.....

salam...alhamdulilah....
bersua lagi setelah lama tidak menulis..kadang2 masa m'buat diri t'batas nak menulis..sesuai laa dgn tajuk hari nih...."masa"...
bila bercakap mengenai masa kadang2 manusia selalu alpa dan leka dgn masa yang diberikan..semoga diri ni tidak t'leka dan alpa dengan masa yang ada....

rupa2nya dalam tak sedar hari ni dah 2 bulan aku b'tunang...cepatnya masa b'lalu, tinggal lagi 3 bulan lagi nak menuju hari bahagia..29/05/2010...semoga hubungan ini b'kekalan dan dirahmati Allah..segala persiapan dan perancangan untuk majlis b'jalan lancar..tanpa bantuan mak abah, agaknya mungkin serabut laa nanti persiapan majlis..makna tak nya, aku dah jauh nun di utara tanah air...persiapan barang2 hantaran alhamdulilah dah selesai, cuma tinggal untuk digubah...tempahan makanan, dewan, pelamin semua selesai diurus mak abah...thanks so much mak abah...sekarang nih yang tinggal nak selesaikan perkara dgn pejabat agama dgn ujian HIV..dah selesai semua tuh, baru laaa proceed borang kebenaran nikah pd tunang t'sayang, aisyah...banyak juga prosedur nak diselesaikan, baru boleh nikah..hehehe..tanpa bantuan aisyah, mungkin majlis nikah nanti sukar dilaksanakan...thanks so much sayang!..dalam tempoh 2bulan tunang nih, macam2 dugaan yang datang..sabar je dengan apa yang datang..sebab nih semua dugaan Allah nak uji..macam mak selalu pesan, apa yang jadi kita kena banyak b'sabar..setiap yang berlaku ada hikmahnya...sekarang tinggal lagi 3 bulan nak menuju ke alam perkahwinan, banyak lagi sebenarnya yang perlu diselesaikan..baru t'ingat nak minta alamat kawan2 lama nak bg kad jemputan..sempat ke dengan masa yang ada nih..??sekali lagi masa memainkan peranan..apa yang penting, maanfaatkan masa ku ini dengan baik...insyaAllah...

dalam tak sedar juga, dah 3 minggu aku jadi org kedah...3 minggu juga laa aku kerja dengan MADA...alhamdulilah...sekarang nih ditempatkan di Pejabat MADA Wilayah 2, Jitra..post yang dipegang "Jurutera Pembangunan Infrastruktur"...kerja kat sini, banyak tanggungjawab dipikul..semua kerja yang dilakukan mesti ingat "jangan susahkan petani dan tingkatkan hasil pertanian"...masuk kerja 8 pagi, 6 petang baru kuar ofis...memang banyak kerja perlu diselesaikan, belum masuk meeting tiap2 hari lagi..seperti cakap PM, "Transformasi Kerajaan"...kerja tanpa mengira waktu demi kesejahteraan rakyat.."Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"...semoga dengan amanah dan tanggungjawab diberi akan menjadikan diriku seorang yang b'jaya pada masa akan datang...masa yang akan menentukan segalanya..apa yang kita buat untuk kebaikan insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan...

memang masa merupakan elemen penting setiap hidup manusia..tanpa masa, manusia akan t'cari2 arah tanpa hala tujuan...tetapi banyak manusia tidak tahu menghargai masa, buang masa...perlu diingat, masa juga mengajar kita untuk menjadi seorang yang b'displin..apa yang aku harapkan sekarang nih agar aku tidak lupa dengan "masa berlalu" macam tu saja....semoga masa m'buatkan diriku lebih menghargai nilai hidup yang lebih sempurna..paling penting, apa yang kita buat, kita perlu percaya pada diri sendiri...

kesimpulan yang dapat dibuat, selepas baca balik posting sebelum2 ni..."masa dan percaya" merupakan 2 perkara yang saling b'kaitan....marilah kita fikirkan sama ada perkara ini betul ataupun tidak....salam

p/s: next target----> continue master selepas b'kahwin merupakan cita2 ku..semoga masa akan menentukan..mana boleh palie dah sambung aku duduk diam je..hahaha

No comments:

Post a Comment